KUANTAN: Demi menzahirkan semangat merdeka yang berkobar-kobar, empat petugas Menara Kuantan 188 memilih mengibarkan Jalur Gemilang menerusi sukan ekstrem 'skywalk' sambil mengelilingi pelantar terbuka pada ketinggian 104 meter.
Lebih menarik, kibaran megah Jalur Gemilang di pelantar yang berlatarbelakangkan panorama Laut China Selatan itu dipamerkan menerusi pelbagai gaya statik yang melambang daerah terpilih di Pahang iaitu Cameron Highlands, Tasik Bera, Rompin, Kuantan dan Fly to Pekan.
Semangat mengibarkan Jalur Gemilang di menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur itu, direalisasikan Jumaat lepas oleh Mohd Nazrin Zahari, 31, Nurul Hamiraa Jaafar, 30, Mohd Faizan Mohd Fauzi, 24, dan Nurul Alia Azzahira Ramlan, 22.
Kesemua mereka yang merupakan petugas khidmat pelanggan menganggap aktviti ekstrem itu adalah pengalaman manis bagi menyambut Hari Kebangsaan kali ini, lebih-lebih lagi ia diadakan di mercu tanda baharu Pahang yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar raya Kuantan.
Bagi Nurul Hamiraa, ini merupakan kali pertama beliau melakukan aktiviti bersama rakan-rakannya bagi mempamerkan semangat patriotik menerusi aktiviti sukan di bangunan ikon pelancongan yang terletak di tepi Sungai Kuantan itu.
"Tentunya perasaan bangga kerana berpeluang membawa bendera Malaysia mengelilingi 360 darjah bandar Kuantan, ia merupakan kenangan hidup yang tidak akan dilupakan oleh saya kerana susah nak dapat peluang macam ini," katanya.
Menurut Mohd Faizan sebagai golongan muda, aktiviti itu merupakan satu inisiatif bagi menyemarakkan rasa cinta kepada negara apabila membawa Jalur Gemilang di udara dengan berlatarbelakangkan panorama Laut China Selatan, perkampungan nelayan dan hutan bakau.
Sementara itu, Ketua Operator Skywalk Kuantan 188 Azlan Mat Tajudin berkata beliau dan rakannya Khairul Azrin Abdullah memainkan peranan penting bagi memastikan misi itu berjalan lancar terutamanya aspek keselamatan petugas.
Beliau yang berpengalaman mengendalikan sukan lasak lebih 10 tahun berkata kesemua petugas diberikan taklimat keselamatan dan dilengkapkan dengan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti topi keselamatan serta harness sebelum dibenarkan membuat pelbagai aksi 'menerbangkan' Jalur Gemilang.
Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad pula berkata inisiatif itu merupakan antara usaha pihaknya untuk turut sama-sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi sukan ekstrem.
"Kami mengalu-alukan pengunjung yang ingin bersama dalam merancakkan sambutan kemerdekaan kali ini dengan mempamerkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang menerusi aktiviti 'skywalk'," katanya menambah aktiviti sukan itu beroperasi setiap hari (bergantung keadaan cuaca) bermula 10 pagi hingga 10 malam dengan bayaran RM98.
Menurutnya, pelbagai aktiviti turut dirancang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia antaranya 'base jump', 'wall climbing', ekspo jualan selain Pesta Kuantan 188 pada 3 Sept ini iaitu acara pentas bersama artis tanah air dan pengenalan teknologi Pemetaan Unjuran yang diadakan buat pertama kalinya di mercu tanda itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Mohd Nazrin Zahari, Nurul Hamiraa Jaafar, Mohd Faizan Mohd Fauzi, dan Nurul Alia Azzahira Ramlan mengibarkan Jalur Gemilang menerusi sukan ekstrem 'skywalk' sambil mengelilingi pelantar terbuka pada ketinggian 104 meter. -Bernama
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.